Monday, March 26, 2007

Uptrend Network Bukan Skim Cepat Kaya!

Ulasan laporan Berita Harian hari ini 26 Mac 2007 .

6 firma jualan langsung tipu pengguna disiasat


KPDNHEP terima aduan perniagaan berbentuk skim cepat kaya

PUTRAJAYA: Enam syarikat jualan langsung tempatan yang mempunyai rangkaian antarabangsa, disiasat kerana dipercayai menyalahgunakan lesen untuk mengendalikan perniagaan berbentuk skim cepat kaya.

Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Pembangunan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Iskandar Halim Sulaiman (gambar), berkata semua syarikat itu mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit setiap tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati dalang kegiatan berkenaan berpangkalan di luar negara dan taktik mereka ialah melantik syarikat tempatan sebagai ejen mengembangkan perniagaan di negara ini.

“Semua syarikat itu dikesan membuat penipuan dengan mengubah pelan pemasaran asal yang mereka kemukakan ketika memohon mendapatkan lesen syarikat jualan langsung kepada operasi berbentuk skim cepat kaya.

“Bagi mengelirukan orang ramai, mereka menggunakan beberapa produk kesihatan, kad diskaun dan barangan elektrik sebagai perantara bagi melindungi penipuan itu,” katanya kepada Berita Harian.

Iskandar Halim berkata, kementerian memulakan siasatan selepas menerima aduan pelabur yang curiga dengan tawaran syarikat itu terutama apabila ia menjanjikan pulangan lebih RM50,000 dengan hanya melabur antara RM30 hingga RM200.

“Kita sedang bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membongkar kegiatan syarikat terbabit dan memastikan ia dihentikan bagi mengelak lebih ramai ditipu,” katanya.

Iskandar Halim berkata, sehingga ini, maklumat yang dikumpul mendapati syarikat yang mempunyai jaringan pada peringkat antarabangsa itu turut dianggotai kakitangan awam dan golongan profesional.

Beliau berkata, selain mengembangkan operasi menerusi sesi taklimat dan suai kenal untuk menambah keahlian, syarikat terbabit juga menawarkan pelbagai habuan menarik, sama ada wang tunai atau barangan mewah menerusi internet.

Katanya, operasi perniagaan berteraskan internet itu dibuat bagi mengelak ia dikesan pihak berkuasa dan pada masa sama membolehkan skim berkenaan berkembang lebih pesat tanpa kawalan pihak berkuasa.

“Struktur organisasi syarikat yang lengkap, selain pelan pemasaran yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat membolehkan syarikat itu mempengaruhi orang ramai dengan lebih mudah.

“Bagaimanapun, beberapa saksi yang disiasat memberitahu hanya lapisan pelabur awal skim berkenaan yang mengaut keuntungan berganda, manakala yang yang terkemudian menyertainya berdepan risiko menanggung rugi,” katanya.

Iskandar Halim berkata, bagi memastikan rantaian skim itu tidak tergendala, sesetengah pengendali skim cepat kaya terbabit menjanjikan pulangan separuh daripada kadar asal kepada pelabur yang tidak dapat menaja ‘downline’.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan nama enam syarikat yang disiasat itu bagi mengelak ia menjejaskan siasatan dan menyebabkan dalang skim cepat kaya berkenaan menghilangkan diri.

Sementara itu katanya, kementerian juga sedang memantau operasi beberapa syarikat yang menyalahgunakan lesen jualan langsung mereka untuk menipu dengan menganjurkan peraduan gores dan menang bagi mengaut keuntungan mudah dengan menawarkan hadiah cabutan bertuah yang tidak wujud.

Sebelum ini, kerajaan mengeluarkan amaran bahawa beberapa skim pelaburan yang dikendalikan menerusi internet, khususnya yang berpangkalan di luar negara, beroperasi secara haram dan menjurus kepada penipuan.

INFO

Taktik penipuan


  • Mengubah pelan pemasaran asal ketika memohon mendapatkan lesen syarikat jualan langsung kepada operasi berbentuk skim cepat kaya.

  • Mengelirukan orang ramai dengan menggunakan beberapa produk kesihatan, kad diskaun dan barangan elektrik.

  • Menjanjikan pulangan lebih RM50,000 dengan hanya melabur antara RM30 hingga RM200.

  • Syarikat mempunyai jaringan antarabangsa.

  • Operasi perniagaan dibuat menerusi internet bagi mengelak ia dikesan pihak berkuasa.

  • Menawarkan pelbagai habuan menarik untuk menarik keahlian.

  • ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Merujuk kepada laporan Berita Harian hari ini, ingin saya mengulas tentang perlunya para pembaca sedar tentang mana satu syarikat jualan langsung yang sedang dilaporkan menjalankan operasi yang melanggar undang undang.

    Perlu juga tuan tuan dan puan puan faham bahawa Uptrend Network Sdn Bhd tidak sama sekali menjalankan sebarang Skim Cepat Kaya!

    Jauh sama sekali! Uptrend Network ni adalah satu medan niaga untuk para usahawan E-Dagang seperti saya dan beratus ribu Uptrender yang lain untuk berniaga dan berangkai niaga sesama kami.

    Tanpa usaha dari diri sendiri dan usaha menjalankan rangkaian niaga dan melakukan jualan pakej produk syarikat, maka jangan harap lah nak jadi kaya raya sekelip mata!

    Ini bukan berniaga sambil lewa. Jika kita hendak berjaya didalam Uptrend, kita perlu tekun belajar ilmu perniagaan dan tidak berat tulang didalam membina rangkaian bisnes kita.

    Hendak jadi pemimpin niaga dan menerajui kumpulan, maka kita hendak lah memiliki ciri ciri pemimpin dan bijak membina jaringan niaga kita.

    Tanpa ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan memimpin sesuatu kumpulan, usah bermimpi lah untuk jadi usahawan yang berjaya.

    Mana kan boleh sambil lewa dan tanpa ilmu kita tetiba saja nak jadi kaya raya? Jika lah benar Uptrend ni Skim Cepat Kaya, hah ..dah jadi jutawan lah kami semua didalam bisnes ini!

    Hakikatnya jauh sama sekali. Berapa ramai yang berangan kosong tetapi kerana tidak belajar dengan sempurna dari sistem niaga Uptrend dan tidak menghadirkan diri ke sesi latihan niaga, mereka terkandas di peringkat awal lagi dan ada yang terus mengalah kepada keadaan.

    Siapa lagi harus dipersalahkan kalau tidak diri mereka sendiri? Maka mahu lah saya nasihatkan tuan tuan dan puan puan supaya tidak melihat kepada contoh contoh demikian.

    Jika kita hendak berjaya seperti Jutawan Cikgu Amiruddin, Jutawan Hj Roshdi, dan sbgnya, maka hendaklah kita lakukan sama seperti apa yang jutawan jutawan tersebut lakukan.

    Orang hanya nampak kejayaan mereka hari ini sahaja tetapi berapa ramaikah yang sanggup mendengar cerita sedih mereka sebelum mereka berjaya?

    Cikgu Amir menceritakan kepada kami betapa ada kenalannya menghina dirinya pada peringkat awal beliau menjalankan bisnes Uptrend ini.

    Kenalannya itu telah menghina diri Cikgu Amir dengan menyatakan Cikgu Amir akan gagal dan akan mencicah roti berlaukkan airmatanya sendiri bilamana gagal nanti!

    Bayangkan sajalah ...ada kawan macam itu? Dengan semangat yang utuh dan azam untuk berjaya , Cikgu Amir terus sabar berjumpa orang , menyampaikan plan bisnes ini dan didalam tempoh selama 7 bulan cuma, beliau telah mencipta rekod menjadi jutawan didalam waktu tersingkat didalam sejarah Uptrend Networks!

    Hari ini, pendapatan beliau mencecah 6 angka sebulan dan beliau merupakan Jutawan Uptrend yang paling dinamik sekali disamping jutawan jutawan kami yang lain.

    Saya merupakan salah seorang dari ratusan ribu rakaniaga Cikgu Amir dan saya sedang berusaha membina bisnes saya seperti apa yang Cikgu Amir lalui dahulu.

    Kita ni sebagai manusia yang beriman kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala sudah pasti teliti tentang hasil titik peluh kita supaya tidak makan minum dari sumber yang tidak halal.

    Alhamdulillah, setakat yang saya serta ratusan ribu Uptrender yang lain usahakan, kami tak adalah tergamak nak makan duit haram.

    Demi Allah dan Rasul, saya yakin bahawa Uptrend Network adalah bebas dari unsur unsur penipuan atau yang shubhat dengan riba kerana kami berniaga menggunakan sistem bisnes kami yang amat telus.

    Kita mendaftar bisnes kita mengikut kemampuan modal kita masing masing. Yang ada duit lebih , bukalah bisnes lebih dari satu. Yang susah macam saya pada peringkat awalan , maka buka lah satu lot bisnes sahaja. Namun, hendaklah rajin menyampaikan kepada orang tentang bisnes ini.

    Tanpa kita melakukan aktiviti membina bisnes setiap hari setiap malam, maka boleh kah kita impikan hari muka yang cemerlang? Sudah pasti itu kerja gila.

    Tanpa usaha, jangan lah berangan angan hendak bawa kereta mewah, duduk dirumah gedung , berpakaian serba lawa, mampu kesana kemari ikut suka , hendak menderma, berbuat kebajikan merata rata, dan sebagainya.

    Jika tuan tuan dan puan puan teringin mengetahui lebih lanjut tentang bisnes Uptrend ini, silakan menghubungi saya melalui sms atau panggilan telefon ke 016-3969881.

    Insya Allah saya akan bantu setakat terdaya. Selamat maju jaya dan mencapai impian bersama!

    1 comment:

    goldengroup said...

    hi.. saya pun salah seorang peniaga uptrend2u, tapi tadi saya check web KPDNHEP lesen uptrend telah ditarik semula.. jadi bagaimana nak teruskan perjuangan?